English Version (Versi Inggeris)         


 Media Terkini





Penghargaan Dari Ahli Parlimen Merbok, Datuk Seri Zainuddin Maidin


Chef Liza Gemar Kumpul Itik Perhiasan (Petikan dari The Star - mOnline, Khamis, 18 Oktober, 2007)


Kek Gulung Jagung Enak (Petikan dari Harian Metro, Khamis, 11 Oktober 2007)

 

  Laman Utama
 

Sweet Azza Sdn Bhd

Sweet Azza Sdn Bhd bermula dengan nama Azza Culinary Academy yang telah ditubuhkan pada 16 September 1998 untuk menjalankan aktiviti kelas memasak dan membekal bahan kuih.

Pada 2003, Sweet Azza Sdn Bhd ditubuhkan untuk menjalankan dan meneruskan aktiviti sedia ada. Sweet Azza Sdn Bhd menawarkan khidmat yang berikut:

         Menjalankan aktiviti demonstrasi masakan & menjadi duta masakan,
         Menjadi ko-ordinator program masakan dan
         Mengendalikan program masakan di stesen TV seperti RTM, TV3, TV9, ASTRO AWANI,
         Menyediakan perkhidmatan catering istimewa untuk VIP.

Sweet Azza Sdn Bhd telah dipilih menjadi menjadi ko-ordinator program masakan TV3 iaitu Jom Masak Bersama Sri Murni pada tahun 2004 - 2006 serta Pertandingan Nasi Goreng Floral (10 episod) pada 2006.


Chef Liza Zainol - Acara Memasak 50 Jam Tanpa Henti di Medan MARA

Kejayaan Sweet Azza Sdn Bhd pada tahun 2007 ialah berjaya mendapat sijil pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records untuk acara memasak 50 Jam Tanpa Henti sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia.


Program Inkubator Usahawan Confectionery MARA (2006)

Pembangunan Usahawan MARA telah melancarkan Program Inkubator Usahawan Confectionery dan Sweet Azza Sdn Bhd telah dilantik menjadi konsultan / pakar runding Program Inkubator tersebut. Kelas Confectionery diadakan di Akademi Sweet Azza dan fokus Program Inkubator ini ialah pembuatan roti, kek dan pastri.


Akademi Sweet Azza

Objektif Akademi Sweet Azza adalah untuk menjadi akademi masakan yang terunggul dan melahirkan bakal usahawan bumiputera yang berjaya.


Chef Liza Zainol Di Akademi Sweet Azza

Akademi Sweet Azza diterajui oleh Chef Liza Zainol dan dibantu oleh anak-anaknya serta keluarga dan mempunyai beberapa orang pekerja. Anaknya Chef Erin Zainol yang berpengalaman dan pernah bekerja di hotel bertaraf 5 bintang juga menjadi tenaga pengajar di Akademi Sweet Azza.


Kursus Pembuatan Roti

Kursus Pembuatan Coklat

Kursus Katering

Akademi Sweet Azza menyediakan pelbagai kelas / kursus masakan seperti pembuatan roti, kek, hiasan kek (butter cream & sugar craft), pastri, biskut berserta kuih-kuih Melayu, masakan barat dan katering untuk individu, persatuan, pertubuhan, kakitangan kerajaan dan syarikat swasta dengan bayaran yang berpatutan.

Akademi Sweet Azza turut membekal peralatan confectionery seperti oven, mesin, peralatan dan keperluan lain kepada peserta / pelajar untuk membuka kedai kek / bakeri.

Sehingga kini, terdapat lebih 4000 pelajar silih berganti dari seluruh negeri serta dari luar negara seperti dari Arab Saudi, India, Indonesia, Australia dan United Kingdom yang telah menghadiri kelas / kursus masakan di Akademi Sweet Azza.


Rangkainiaga Sweet Azza Confectionery Di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor

Kini, terdapat 4 rangkainiaga Sweet Azza di Rawang Selangor, Ampang, Melaka dan Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Rangkainiaga ini menggunakan nama Sweet Azza Confectionery (Kedai Kek & Roti).

Lawati Sweet Azza Sdn Bhd di No 77-2-1, Jalan 5/18D, Taman Mastiara, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200. Kuala Lumpur.

 
© 2010 Sweet Azza Sdn Bhd   
Direka oleh Digital Smartland